top of page
silutuong1.jpeg

Silutuong

Merupakan alat muzik yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh khususnya di Bau, Sarawak. Masyarakat Bidayuh dari daerah yang lain seperti  daerah Serian dan Padawan juga mempunyai alat muzik silutuong, namun terdapat sedikit perbezaannya yang dapat dilihat dari segi saiz dan bilangan tali serta cara bermainnya.

beduk pnjng.jpeg

Beduk Panjang

Alat tersebut juga merupakan alat muzik tradisional yang istimewa. Alat ini juga sering dipersembahkan oleh masyarakatnya yang tersendiri dalam apa-apa acara mahupun festival yang diadakan.

kirunchong_edited.jpg

Kirunchong

Alat muzik ini merupakan alat muzik yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh di Serian, Sarawak. Alat muzik Kirunchong ini biasanya dimainkan oleh enam hingga lapan orang yang dijadikan sebagai hiburan dan menjadi tanda kesyukuran  bagi masyarakat tersebut.

dumbak.jpeg

Gendang Dumbak

Gendang mempunyai banyak jenis dan sering digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum dan salah satunya ialah kaum Bidayuh. Masyarakat Bidayuh selalunya menggunakan gendang yang dinamakan sebagai gendang dumbak  bagi masyarakat Bidayuh Serian  yang bermaksud gendang kecil.

gulintang.jpeg

Kulintang/Gulintang

Kulintang merupakan sejenis alat muzik yang sering digunakan oleh masyarakat Bidayuh semasa mempersembahkan tarian mereka. Alat muzik ini biasanya terdiri daripada 8 gong yang disusun mengikut saiz iaitu dari gong bersaiz besar sehingga gong bersaiz kecil berserta dengan dua batang kayu untuk memukulnya.

gong.jpeg

Gong

Masyarakat Bidayuh telah menggunakan alat muzik ini dalam seni tarian seperti Tarian Langgie Pingadap, Tarian Taboh Rejang, Tarian Burih, Tarian Pinyambut dan Tarian Totokng. Terdapat pelbagai jenis gong yang dibezakan mengikut saiz.

bottom of page