top of page
Above the Clouds

Analisis  Data

Ciri-ciri Sosiodemografik 

Pengkaji telah menetapkan seramai 30 responden berbangsa Bidayuh menjawab soal selidik daripada Google Forms untuk mendapatkan maklum balas tentang kaedah yang diketengahkan dalam projek ini. Pada bahagian ciri-ciri sosiodemografik, pengkaji menyediakan tiga soalan berkaitan jantina, umur dan jenis kaum Bidayuh.

Bagi kategori jantina, sebanyak 66.7% iaitu 20 responden perempuan dan 33.3% iaitu 10 responden lelaki yang menjawab soal selidik ini. Bagi kategori umur pula, terdapat pelbagai peringkat umur responden yang menjawab Google Forms ini. Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan bahawa kategori umur yang menyertai soal selidik ini adalah bermula dari umur 18 hingga 53 tahun. Jumlah responden yang paling tinggi menjawab soal selidik ini ialah responden berumur 21 tahun iaitu seramai 13 orang atau 43.3% daripada keseluruhan bilangan responden. Jumlah responden kedua tertinggi dalam kategori umur pula ialah pada usia 22 tahun iaitu seramai 4 orang (13.3%). Selain itu, responden yang berumur 18 tahun pula ialah seramai 2 orang (6.7%) manakala jumlah 11 responden yang selebihnya masing-masing dengan bilangan seorang (3.3%). Di samping itu, terdapat 3 jenis kaum Bidayuh yang menjawab soal selidik ini. Antaranya ialah seramai 9 orang responden Bidayuh Bau iaitu sebanyak (30%). Terdapat 18 orang Bidayuh Bukar Sadong iaitu sebanyak (60%) dan juga 3 orang Bidayuh Biatah iaitu (30%) yang terlibat dalam membantu pengkaji memperoleh data tentang kaedah yang dicadangkan.

Lagu Moden Bidayuh

carta pie 1.PNG

Soalan 1

​

Seramai 23 orang responden bersamaan dengan 76.7% mengetahui lagu moden Bidayuh lebih daripada tiga jenis lagu dan hanya 7 orang responden iaitu sebanyak 23.3% tidak mengetahui lagu moden Bidayuh melebihi tiga jenis lagu moden Bidayuh. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh generasi masa kini sentiasa didedahkan dengan lagu moden berbanding lagu tradisional Bidayuh.

carta pie 2.PNG

Soalan 2

​

Seramai 17 orang responden bersamaan dengan 56.7% bersetuju bahawa lagu moden Bidayuh dikenali oleh masyarakat sekeliling di seluruh Malaysia manakala 13 orang responden iaitu sebanyak 43.3% tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana lagu moden Bidayuh semakin mempengaruhi minat masyarakat Bidayuh pada masa kini terutamanya golongan muda. Sebaliknya, sesetengah orang Bidayuh tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana mereka tidak mengenali lebih mendalam tentang lagu moden Bidayuh.

carta pie 3.PNG

Soalan 3

​

Seramai 21 orang responden iaitu sebanyak 70% bersetuju bahawa lagu moden Bidayuh lebih menarik berbanding lagu tradisional Bidayuh dan hanya 9 orang responden bersamaan dengan 30% tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Perkara ini disebabkan oleh lagu moden Bidayuh selalu dimainkan di televisyen, radio, media sosial dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan lagu moden Bidayuh lebih dikenali ramai kerana lirik lagunya yang lebih menarik berbanding dengan lagu tradisional Bidayuh. Hanya beberapa orang Bidayuh tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana mereka mungkin tertarik dengan keindahan seni kata dan irama lagu tradisional Bidayuh yang unik.

Secara kesimpulannya, lagu moden Bidayuh sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Bidayuh berbanding lagu tradisional.

Lagu Tradisional Bidayuh

Soalan 1

​

Seramai 21 orang Bidayuh bersamaan dengan 70% yang pernah mendengar lagu tradisional Bidayuh manakala 9 orang lagi iaitu sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan tidak pernah mendengar lagu tradisional Bidayuh. Hal ini disebabkan lagu tradisional Bidayuh hanya dinyanyikan oleh orang-orang tua zaman dahulu dan kurang diamalkan oleh kaum muda seiring peredaran zaman. Generasi muda juga agak kurang didedahkan dengan warisan lagu tradisional nenek moyang mereka.

carta pie 4.PNG

Soalan 2

​

Terdapat seramai 17 orang atau 56.7% responden bersetuju bahawa lagu tradisional Bidayuh masih dinyanyikan sehingga sekarang dan terdapat sebanyak 13 orang bersamaan dengan 43.3% responden tidak bersetuju bahawa lagu tradisional Bidayuh masih dinyanyikan pada hari ini. Responden yang bersetuju dengan pendapat ini adalah disebabkan mereka pernah mendengar golongan bangsa Bidayuh yang menyanyikan lagu-lagu tradisional. Lebih-lebih lagi, lagu tradisional Bidayuh selalu dimainkan di Radio Waifm Bidayuh, RTM Sarawak pada setiap malam secara bergantian. Perkara inilah antara yang menjadi faktor responden pernah mendengar nyanyian lagu tradisional. Selain itu, responden yang tidak bersetuju adalah disebabkan mereka tidak pernah melihat orang yang menyanyikan lagu tradisional Bidayuh pada zaman ini atau responden kurang mengikuti slot lagu tradisional Bidayuh yang sentiasa dimainkan di Radio Waifm Bidayuh.

carta pie 5.PNG

Soalan 3

​

Seramai 17 orang responden atau 56.7% yang masih suka mendengar lagu tradisional Bidayuh berbanding lagu moden Bidayuh manakala terdapat seramai 13 orang bersamaan dengan 43.3% orang responden yang tidak suka mendengar lagu tradisional Bidayuh. Hal ini dikatakan demikian kerana responden yang menyukai lagu tradisional mungkin disebabkan ia mengandungi unsur unik, asli serta irama lagunya dapat memukau pendengar. Perkara lain seperti responden yang hidup bersama lagu-lagu tradisional semasa kecil dan sebagainya boleh menjadi faktor minat yang tinggi terhadap lagu tradisional. Bagi responden yang tidak meminati lagu tradisional Bidayuh pula, perkara ini berlaku disebabkan mereka sering didedahkan dengan lagu moden Bidayuh termasuk lagu-lagu masyarakat lain yang dianggap lebih mempesonakan.

carta pie 6.PNG

Nursery Rhymes

carta pie 7.PNG

Soalan 1

​

Majoriti responden bersetuju bahawa Nursery Ryhmes ada dalam kaum Bidayuh iaitu seramai 16 orang iaitu sebanyak 53.3% manakala selebihnya tidak bersetuju bahawa lagu kanak-kanak (nursery rhymes) ada dalam kaum Bidayuh iaitu seramai 14 orang bersamaan 46.7%. Hal ini dikatakan demikian kerana responden yang bersetuju kurang mengetahui atau keliru akan kewujudan lagu kanak-kanak. Perkara ini disokong dengan maklumat temu bual yang telah dijalankan dengan pihak RTM Sarawak bahawa tiada lagu kanak-kanak Bidayuh yang wujud. Malah, pengkaji difahamkan bahawa ada segelintir masyarakat Bidayuh yang keliru dengan lagu Tok Tok Siok sebagai lagu kanak-kanak padahal ia merupakan lagu pop Bidayuh. Maka, responden yang tidak bersetuju dengan kewujudan lagu kanak-kanak Bidayuh adalah tepat.

carta pie 8.PNG

Soalan 2

​

Majoriti responden bersetuju bahawa lagu tradisional British pada zaman dahulu digubah menjadi nursery rhymes seperti lagu "Twinkle Twinkle Little Star" dan "London Bridge is Falling Down". Bilangan peratusan masyarakat Bidayuh yang bersetuju ialah seramai 19 orang (63.3%) manakala yang tidak bersetuju pula ialah 11 orang (36.7%). Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Bidayuh didedahkan dengan lagu kanak-kanak British sejak kecil dan sudah tentu juga diselitkan tentang pengetahuan sejarah lagu tersebut.

carta pie 9.PNG

Soalan 3

​

Selain itu, majoriti responden bersetuju bahawa lagu kanak-kanak digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di tadika dan taska. Seramai 29 orang (96.7%) bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala yang seorang sahaja tidak bersetuju. Hal ini disebabkan lagu kanak-kanak sangat sesuai digunakan sebagai alat pembelajaran yang dapat merangsang minda. Responden juga berfikiran bahawa lagu kanak-kanak dapat mencetuskan semangat kanak-kanak tadika dan taska untuk mempelajari dan menguasai bahasa Bidayuh secara santai.

carta pie 10.PNG

Soalan 4

​

Di samping itu, seramai 29 orang  (96.7%) bersetuju manakala seorang sahaja responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana lirik lagu kanak-kanak mudah diingati dan difahami oleh golongan kanak-kanak dengan cara menghafal dan menghayati maknanya.

carta pie 11.PNG

Soalan 5

​

Akhir sekali, majoriti responden bersetuju sekiranya lagu kanak-kanak merupakan salah satu cara untuk mengekalkan lagu tradisional Bidayuh. Seramai 28 orang (93.3%) yang bersetuju manakala yang tidak bersetuju pula seramai 2 orang atau sebanyak 6.7%. Hal ini dikatakan demikian kerana cara ini dapat memelihara lagu tradisional Bidayuh dalam kalangan kanak-kanak melalui penyerapan dalam lagu moden kanak-kanak. Lagu tradisional Bidayuh dimujaradkan mengikut kesesuaian perkembangan semasa disamping dapat mengekalkan bahasa asli Bidayuh dalam arus modenisasi.

Pendekatan Efektif

Soalan 1

​

Majoriti responden tidak mengetahui cara menghasilkan lagu kanak-kanak iaitu seramai 26 orang atau sebanyak 86.7% dan selebihnya hanya 4 orang (13.3%) sahaja responden yang mengetahui cara menghasilkan lagu kanak-kanak. Kebanyakan responden berbangsa Bidayuh ini kurang didedahkan dengan penghasilan nursery rhymes. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan responden tidak memiliki kemahiran menulis lagu. Lebih-lebih lagi, responden tiada pengetahuan dan kurang didedahkan dengan cara-cara dan contoh-contoh penghasilan lagu kanak-kanak di laman sesawang kerana kebanyakan rujukan tersebut adalah dalam bahasa Inggeris. 

carta pie 12.PNG

Soalan 2

​

Semua responden seramai 30 orang (100%) bersetuju dengan penggubahan lirik lagu tradisional Bidayuh kepada bentuk lagu kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana responden ingin mendedahkan lagu tradisional kepada golongan muda sejak kanak-kanak melalui penggubahan lagu secara kreatif bagi mengekalkan bahasa dan budaya masyarakat Bidayuh. Perkara ini perlu dilakukan kerana lagu tradisional kurang digemari oleh golongan muda pada zaman sekarang. Mereka lebih cenderung untuk mendengar lagu-lagu moden berbanding lagu tradisional Bidayuh.

carta pie 13.PNG

Soalan 3

​

Sebanyak 96.7% atau 29 orang responden yang menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti dalam bentuk lagu kanak-kanak mampu menarik minat kanak-kanak dan hanya seorang responden sahaja yang tidak menyokong pernyataan tersebut. Kanak-kanak lebih tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal kerana aktiviti-aktiviti tersebut mampu menjadikan mereka lebih bergiat aktif dan bersemangat. Oleh itu, lagu kanak-kanak perlu ditambah dengan pelbagai gerakan tarian yang mudah dicontohi oleh kanak-kanak supaya mereka tidak berasa bosan lantas mampu menyerap lagu tradisional Bidayuh melalui pemikiran mereka secara produktif.

carta pie 14.PNG

Soalan 4

​

Seterusnya, peratusan responden sebanyak 96.7% atau 29 orang bersetuju jika aktiviti-aktiviti lagu kanak-kanak ini dilakukan menerusi program-program khusus seperti persembahan nyanyian, lakonan dan sebagainya. Hanya sedikit sahaja responden yang tidak bersetuju iaitu seorang sahaja atau sebanyak 3.3%. Golongan kanak-kanak lebih gemar menyertai persembahan nyanyian, lakonan, tarian dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana kanak-kanak akan berasa seronok apabila dapat berinteraksi dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya semasa menyertai mana-mana anjuran program.

carta pie 15.PNG

Soalan 5

​

Semua responden yang menjawab soal selidik ini iaitu sebanyak 100% bersetuju jika lagu kanak-kanak dalam bahasa Bidayuh dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat Bidayuh. Perkara ini adalah disebabkan bahasa dan budaya Bidayuh dapat dipupuk sejak kecil lagi agar tidak dilupakan oleh generasi akan datang. Bahasa dan budaya kaum Bidayuh dapat dikekalkan walaupun berlakunya peredaran zaman yang menyebabkan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Bidayuh semakin dilupakan. Responden juga beranggapan bahawa lagu kanak-kanak inilah yang menjadi medium berkualiti dalam memandu generasi muda ke arah mencintai dan membangunkan bahasa Bidayuh secara berterusan.

​

Rumusannya, lagu kanak-kanak sangat sesuai dijadikan sebagai kaedah yang dapat mengekalkan bahasa dan budaya kaum Bidayuh. Penghasilan lagu kanak-kanak memberikan impak positif kepada generasi muda kaum Bidayuh yang akan meneruskan perjuangan dalam pengekalan bahasa dan budaya mereka.

carta pie 16.PNG
bottom of page