top of page

BAHAGIAN A

4dc214cc-cc2b-4c6d-a003-f5822d2138bf.jpg
b953d0e1-9d9e-43c4-96d2-c4855225f076.jpg

Berdasarkan hasil kajian jadual 1 dan rajah 1 di atas, demografi responden lelaki adalah 30 orang bersamaan 69%. Responden perempuan adalah seramai 69 orang bersamaan 61.1. Responden dipilih mengikut jantina untuk memilih perbezaan latar belakang. Responden perempuan lebih banyak berbanding lelaki.

Berdasarkan hasil kajian jadual 2 dan rajah 2 di atas demografi responden mengikut kumpulan umur untuk kurang 13-20 tahun mencatatkan 12 orang atau 12.4%, kumpulan umur 21-40 tahun mencatatkan 81 orang atau 85.5%, kumpulan umur 41-59 tahun pula ialah 4 orang atau 4.1% dan kumpulan umur 60 tahun ke atas ialah 0 orang atau 0%. Kumpulan umur tertinggi ialah 21-40 tahun manakalah, terendah ialah 60 tahun ke atas.

00030455-d8fc-4b75-b9b4-43a401fbed22.jpg

Berdasarkan hasil kajian jadual 3 dan rajah 3 di atas, demografi responden ialah berkaitan dengan jenis pekerjaan. Jenis pekerjaan bagi Pelajar ialah 62 orang bersamaan 63.9%, kakitangan kerajaan 13 orang bersamaan 13.4%, kakitangan swasta 17 orang bersamaan 17.5% dan bekerja sendiri 5 orang bersamaan 5.2%. Peratus pekerjaan responden paling tinggi ialah pelajar manakala paling rendah ialah bekerja sendiri.

BAHAGIAN B

27523f77-4a8c-40f7-9a20-3ba50038d142.jpg

Bagi soalan pertama, seramai 39 orang responden bersamaan dengan 40% tidak tahu akan kesemua makanan tradisi mereka, manakala 34% bersamaan 33 orang hanya tahu kebanyakannya dan hanya 25 orang(26%) tahu kesemua makanan tradisi kaum Bidayuh. Hal ini jelas menunjukkan bahawa majoriti mereka tidak tahu semua makanan tradisi kaum Bidayuh dan perkara ini mungkin berlaku disebabkan gaya hidup mereka yang lebih didedahkan dengan makanan-makanan moden yang mudah dimasak dan cepat.

1cb8c81f-130c-455d-ab97-feaeb60c58aa.jpg

Pelbagai respon telah diterima, namun majority daripadanya iaitu 65% bersamaan 63 orang menyatakan bahawa keunikan rasanya merupakan keistimewaan makanan tradisi kaum itu dan diikuti oleh keunikan cara masakannya hasil respons dari 32 orang responden bersamaan 33%, manakala selebihnya pula hanya 2% iaitu 2 orang yang menyatakan bahawa istimewanya makanan tradisi Bidayuh ini adalah kerana makanan ini merupakan makanan sejak kecil mereka. Berdasarkan respons diberi, dapat disimpulkan bahawa keunikan rasa dan cara memasak menjadikan makanan kaum ini lebih istimewa bagi mereka kerana ia lain dari yang lain dan sangat esklusif dan spesial.

bce4d2af-1bf7-4e89-b1cf-19e3f6182aee.jpg

Melihat kepada respon bagi soalan seterusnya, majoriti mereka iaitu sebanyak 78% bersamaan 76 orang  menyatakan bahawa makanan tradisi wajib untuk disediakan pada hari perayaan yang disambut, manakala 21% bersamaan dengan 20 orang menyatakan bahawa ia disediakan mengikut situasi. Namun begitu terdapat seorang responden menyatakan bahawa ia tidak wajib disediakan dan hal ini berkemungkinan kerana responden tersebut telah dibesarkan di kawasan yang sangat moden. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kesemua makanan tradisi ini wajib disediakan dan mengikut kepada situasi sesuatu perayaan yang diraikan sebagai salah satu kaedah bagi memperkenalkan makanan tradisi kepada generasi muda kaum itu.

Kesimpulannya, memang keseluruhan responden tahu akan makanan tradisi kaum mereka, namun begitu masih wujud jumlah bilangan yang tinggi bagi mereka yang tidak tahu akan makanan tradisi mereka. Oleh itu, usaha-usaha untuk memperkenalkan setiap makanan tradisi kepada kaum mereka sangatlah diperlukan bagi pengekalan tradisi kaum Bidayuh. Oleh itu, kumpulan kami telah menghasilkan satu video kreatif mengenai makanan tradisi Bidayuh sebagai salah satu langkah pengekalan tradisi ini.

bottom of page