top of page

Kenali Kraftangan Bidayuh

      Kraftangan Bidayuh merupakan hasil buatan tangan yang dibuat dengan reka bentuk yang unik. Kraftangan Bidayuh boleh terdiri daripada bentuk ayaman, batik, tembikar dan manik. Antara tujuan penghasilan kraftangan dalam kalangan masyarakat Bidayuh adalah bertujuan untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, Tambok. Menurut artikel bertajuk ‘Seni Pembuatan Kraftangan Masyarakat Bidayuh, Tambok’, Tambok merupakan bakul yang dibuat daripada rotan yang berfungsi untuk dibawa sekali ke hutan dan diguna untuk menyimpan hasil kutipan daripada hutan tersebut. (Aisah Ibrahim, Beatrice Ginnea, Hafizah Halim, Hidayah Rahman, Izzren Rajaali1, & Nadzirah Mustafa, 2017) Pada zaman sekarang tambok boleh digunakan sebagai hiasan oleh sebab bentuknya yang unik dan menarik di samping mengambarkan budaya masyarakat Bidayuh.

 

 

 

   Selain itu, kita dapat lihat masyarakat Bidayuh juga mempunyai kraftangan yang bernama tikar kelasah. Menurut Sandra Trinata Kolensius Sugeng, 2015, motif penggunaan tikar kelasah berbanding dengan dahulu dan sekarang adalah berbeza dimana masyarakat Bidayuh di Bau mengguna tikar tersebut sebagai tempat padi dijemur manakala pada zaman sekarang digunakan sebagai bahan hiasan. (Nurul Hidayah Bahaudin, 2015) 

​

 

       Kraftangan Bidayuh juga diperbuat daripada penggunaan bahan manik untuk menghasilkan manik rantai, anting dan gelang kaki dan tangan. Menurut Sharifah Nur Izzati Sayed Hasan et al, 2015 manik kaca yang mempunyai warna hijau pudar dan biru tua dan merupakan manik yang amat bernilai dalam masyarakat kaum Kelabit dan masyarakat kaum Bidayuh. (Zuliskandar bin Ramli et al, 2015) Manik bukan sahaja sebagai bahan aksesori namun melambangkan kemewahan dan status dalam sesebuah masyarakat. (MyMetro, 2015) Manik kecil yang disulam menjadi gelang dan rantai juga hasil tangan masyarakat Bidayuh.

​

​

Bakul_tambok_hiasan_kediaman,_pejabat_-_

Rajah A: Tambok

Source: https://www.hmetro.com.my/node/9126

WhatsApp Image 2019-07-11 at 22.10.33.jp
Gelang kaki.png
rantai mainik.jpg

       Perhiasan Bidayuh juga ada diperbuat daripada tembaga. Tembaga gelang kaki dan tangan juga menunjukkan identiti budaya masyarakat Bidayuh. Tembaga tersebut digunakan sejak nenek moyang lagi bagi Bidayuh Biatah khasnya. Bagi mengenal lebih lagi berkenaan gelang tembaga Bidayuh, sebuah video dibawah mampu memaparkan fakta-fakta yang menarik mengenainya. 

 

Tajuk video: Wanita Gelang Bidayuh. 

Source: https://www.youtube.com/watch?v=A7cXfb3sjXo

Rujukan

 

Aisah Ibrahim, Beatrice Ginnea, Hafizah Halim, Hidayah Rahman, Izzren Rajaali1, & Nadzirah Mustafa. (2017). Research Gate. Seni Anyaman Kraftangan Tambok Masyarakat Bidayuh, Sarawak. Retrieve from https://www.researchgate.net/publication/316919159_Seni_Anyaman_Kraftangan_Tambok_Masyarakat_Bidayuh_Sarawak

​

MyMetro. (2015) Manik Warisan Unik. Online News. Retrived from https://www.hmetro.com.my/node/22275

 

Nurul Hidayah Bahaudin. (2015) BHONLINE. Tikar kelasah kebanggaan Bidayuh Serikin. Retrieved from https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/08/73390/tikar-kelasah-kebanggaan-bidayuh-serikin

​

Zuliskandar bin Ramli, Hamdzun Harun, & Noor Hafiza Ismail 2019 Arkeologi Sejarah dan Budaya, Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tungku Abdul Halim Mu'adzam Syah, Langkawi, 25-25 November 2015, viewed 7 July 2020,  https://www.researchgate.net/publication/305282129_Manik_dalam_masyarakat_peribumi_Sarawak

​

​

bottom of page