Rumusan Artikel
Kami telah membuat pembacaan artikel-artikel berkaitan dengan kraftangan main peranan dalam memelihara dan mengembangkan budaya. Kami mendapati bahawa pemasaran kraftangan secara tempatan dan global merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan untuk memelihara dan mengembangkan budaya. Kraftangan mempunyai keunikan yang menarik minat pembeli. Menurut sebuah artikel bertajuk ‘Preserving cultural heritage through creative industry: A lesson from Saung Angklung Udjo’, sebuah perniagaan yang bernama Saung Angklung Udjo (SAU) menunjukkan kejayaan dalam pemasaran kraftangan yang bernama ‘angklung’. Antara cara SAU memasarkan kraftangan mereka adalah dengan pembukaan kedai-kedai di tempat beberapa buah kawasan termasuk kawasan tumpuan pelancong. (Ummu Hania, Irna Azzadinaa, Corinthias Pamatang Morgana Sianipara, Estav Huda Setyagunga, & Tomohisa Ishiib, 2012)
Selain itu, didapati kerajaan Indonesia ada memberi membantu terhadap perniagaan SAU. Kerajaan Indonesia membantu mempromosikan dan menyebarkan kraftangan ‘angklung’ hasil SAU di peringakat global. (Ummu Hania et al., 2012) Pemasaran tersebut sudah tentu memberi pendedahan kepada masyarakat dalam dan luar negara dengan kraftangan yang dipasarkan. Budaya mereka dapat dikenali ramai dengan memperkenalkan ‘angklung’ untuk mencerminkan budaya Indonesia. Menurut Yongzhong Yang, Mohsin Shafi, Xiaoting Song dan Ruo Yang pada 2018, kraftangan di Pakistan berdepan dengan beberapa cabaran sehingga sukar untuk mengekalkan kraftangan mereka namun begitu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan tempatan di Pakistan telah mengambil tindakan untuk mempromisi dan memelihara mereka dengan menumbuhkan ‘National Institute of Folk and Traditional Heritage (Lok Virsa’ pada 1974. (Yongzhong Yang, Mohsin Shafi, Xiaoting Song dan Ruo Yang, 2018) Kita dapat melihat bahawa kerajaan mampu membantu mengekalkan kraftangan dan budaya.
Penumbuhan bengkel untuk membuat kraftangan dalam kalangan masyarakat juga boleh membantu memelihara dan mengembangkan budaya. Kita boleh melihat identiti sesebuah budaya melalui corak. Sebagai contoh, terdapat corak batik Melayu diaplikasikan dalam pembuatan bot gentian kaca. Menurut Aizat Khairi, Shamsul Effendy Abdul Hamid and Shaiful Bakri Ismail, 2018, pihak pendidikan telah menjalankan program untuk pelajar di UniKL MIMET dimana mereka diletakkan dalam bengkel untuk menambahkan corak batik Melayu dengan dalam pembuatan bot gentian kaca (fiberglass boat) dan membuatkan pelancong tertarik akan bot gentian kaca tersebut. (Aizat Khairi, Shamsul Effendy Abdul Hamid & Shaiful Bakri Ismail, 2018) Teknologi yang canggih menggalakan pembuatan kraftangan yang menarik tanpa menjejaskan mesej yang ingin disampaikan.
Rujukan
​
Aizat Khairi, Shamsul Effendy Abdul Hamid & Shaiful Bakri Ismail. (2018). Research Gate. Penonjolan Identiti Budaya Melayu Menerusi Aplikasi Batik dalam Pembuatan Bot Gentian Kaca (Fibreglass Boat) di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine. Engineering Technology (UniKL MIMET), Lumut, Perak. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/330255799_Penonjolan_Identiti_Budaya_Melayu_Menerusi_Aplikasi_Batik_dalam_Pembuatan_Bot_Gentian_Kaca_Fibreglass_Boat_di_Universiti_Kuala_Lumpur_Malaysian_Institute_of_Marine_Engineering_Technology_UniKL_MIMET_L
Yongzhong Yang, Mohsin Shafi, Xiaoting Song dan Ruo Yang. (2018). Research Gate. Preservation of Cultural Heritage Embodied in Traditional Crafts in the Developing Countries. A Case Study of Pakistani Handicraft Industry Retrived from https://www.researchgate.net/publication/324764427_Preservation_of_Cultural_Heritage_Embodied_in_Traditional_Crafts_in_the_Developing_Countries_A_Case_Study_of_Pakistani_Handicraft_Industry
Ummu Hania, Irna Azzadinaa, Corinthias Pamatang Morgana Sianipara, Estav Huda Setyagunga, & Tomohisa Ishiib. (2012). Research Gate. Preserving cultural heritage through creative industry: A lesson from Saung Angklung Udjo. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/271613848_Preserving_Cultural_Heritage_through_Creative_Industry_A_Lesson_from_Saung_Angklung_Udjo