Pangkang seolah-olah lemang yang merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu. Cara membuat pangkang adalah dengan menggunakan daun pisang sebagai pembalut di bahagian dalam buluh. Dalam hidangan ini, pangkang menggunakan sedikit santan sahaja. Dalam penyediaan juadah ini, beras pulut akan dimasukkan ke dalam buluh bersama sedikit santan. Ia kemudiannya dibakar sehingga masak seperti lemang.
Kuih jala atau lebih dikenali dengan kuih sitotok dalam masyarakat bidayuh di Serian. Kuih ini merupakan makanan yang perlu ada semasa perayaan Gawai. Cara untuk membuat kuih ini adalah dengan mengguakan tepung beras.. Kuih sitotok ini berbentuk seperti jala halus. Kuih ini manis dan garing ketika dimakan.
Siok Tanek Buruk adalah panggilan dalam bidayuh yang bermaksud Nana Ayam pansuh merupakan makanan yang paling popular dalam masyarakat bidayuh. Penyediaan juadah ini amatlah mudah dan enak ketika dimakan. Ayam yang dipotong dadu perlu diperap dahulu bersama ramuan selama dua jam, manakala pucuk ubi diramas bersama garam untuk mengeluarkan getah dan mengurangkan pahit sebelum diisi ke dalam buluh untuk dibakar. Juadah ini enek dimakan bersama nasi.
Bunga durian goreng adalah antara makanan tradisional bidayuh. Dalam istilah bidayuh Serian, juadah ini dikenali sebagai Pulong Dihan Gureng. Selalunya, juadah ini digoreng bersama ikan bilis atau belacan. Juadah ini dikatakn boleh mengubati penyakit kuning, mengurangkan tekanan dan kemurungan serta kaya dengan vitamin B6 yang bagus untuk kesihatan
Sambal serek juga merupakan makanan tradisional bidayuh di Serian. Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakna juadah ini adalah serai, ikan bilis, bawang merah dan bawang putih, cili belacan serta sedikit garam. Ikan bilis perlu digoreng garing terlebih dahulu sebelum dimasukkan bahan–bahan lain dan digaul bersama. Sambal ini sangat enak dimakan bersama nasi putih. Khasiat serai sangat banyak. Antaranya adalah dapat memutihkan gigi, bertindak sebagai duretik, sebagai detoksifikasi di mana serai boleh membuang toksin dan melancarkan pencernaan dan sebagai meredakan sengugut.
Pekasam ikan atau istilah kaum bidayuh di Serian adalah kasam ikan. Antara pilihan ikan yang boleh dibuat kasam terutamanya ikan sungai seperti ikan tapah, ikan jelawat, ikan baung, ikan keli dan sebagainya. Cara penghasilan kasam ikan amatlah mudah. Ikan disiang dan dipotong dan ditoskan airnya. Setelah airnya diitoskan, gaul ikan tersebut dengan menggunakan sedikit garam dan nasi sejuk. Gaulkan juga bersama daun ubi atau hirisan daun kepayang dengan kuantiti yang sedikit . Hal ini kerana, daun ubi tadi dapat mengelakkan kasam tersebut berbau hanyir. Kasam ikan yang telah siap digaul kemudiannya di simpan dalam bekas yang ditutup rapat supaya tidak dihingapi lalat dan mengelakkannya dari berulat. Kasam ikan selalu digandingkan dengan juadah nasi pulut.
Lemang periuk kera atau dikenali sebagai kalimu’o dalam masyarakat bidayuh Serian merupakan salah satu makanan eksotik kaum ini. Bukan mudah untuk jumpa periuk kera kerana bukan semua tempat ada. Periuk kera mempunyai rasanya yang tersendiri lantaran daripada jenis makanan ini merupakan makanan yang unik dan jarang dijual. Makanan ini seperti rasa hangit bakar api dan kukus kerana lemak lemang di dalam periuk kera itu. Juadah ini selamat untuk dimakan kerana penghasilan lemang dan proses mencuci sarung periuk kera itu amat teliti.
Rujukan
​
​
Informen 1
Nama : Alvenna Theay Anak Ritchi
Umur : 21 Tahun
Tempat tinggal : Kampung Bidak Mawang, Serian
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : pelajar Unimas
Informen 2
Nama : Duches Natasha Anak Joe/Jayson
Umur : 21 Tahun
Tempat tinggal : Kampung Tian Mawang, Batu 29 Jalan Kuching/Serian, 94700 Serian, Sarawak.
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar Unimas.
Informen 3
Nama : Joenana Anak Daizen
Umur : 24 Tahun
Tempat tinggal : Kampung Daun Singgai, 94000 Bau Sarawak
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : business online
Rengenyan Labang (2018 Jun 03). Tiga bana kuih asal seruran bis diidang maya Gawai. Utusan Borneo. Dimuat turun daripada https://www.utusanborneo.com.my/2018/06/03/tiga-bansa-kuih-asal-seruran-bisi-diidang-maya-gawai
​
Ayam pansuh jadi juadah kegemaran warga kota (2015 Julai 21). BH online. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/07/69232/ayam-pansuh-jadi-juadah-kegemaran-warga-kota
​
Pekasam diminati semua lapisan masyarakat ( 2019 Oktober 24). Malaysia Aktif. Dimuat turun daripada https://malaysiaaktif.my/66455
​
Aida Aziz ( 2020 Mei 11). PKP: Lemang periuk kera ‘online’ laris . Berita Awani. Dimuat turun daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-lemang-periuk-kera-online-laris-242475
Itawrah. 17 makanan Tradisional Kaum Bidayuh Ramai Tak Tahu. Di muat turun daripada https://saji.my/makanan-tradisional-bidayuh/.