top of page

Langgie Pingadap

Tarian yang dipersembahkan bertujuan menyambut tetamu yang datang sebagai pembuka majlis. Tarian ini juga berkaitan dengan budaya padi dan sering dipersembahkan pada Hari Gawai Dayak.

pingdap2.PNG

Tolak Bala

Tarian yang dipersembahkan untuk meminta keberkatan dan perlindungan daripada roh jahat.

tolak bala.PNG

Rejang Beuh

Tarian yang sering dipersembahkan oleh kaum Bidayuh selepas musim menuai sebagai hiburan untuk tetamu di rumah panjang. Tarian ini juga dikenali sebagai Tarian Helang. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka seakan-akan meniru pergerakan helang yang mengepakkan sayapnya.

rejang beuh.jpg

Langi Julang

Tarian yang dipersembahkan oleh Kaum Bidayuh semasa penutupan festival menuai. Tarian ini diadakan bertujuan berterima kasih kepada Tuhan kerana telah mengurniakan kesihatan dan kekayaan .

julang.PNG
bottom of page