top of page

Rumusan Artikel

Bengkel Melestari Warisan Budaya Bangsa Bentuk Generasi Pelapis

​

Persatuan Melanau Kuching (PMK) telah mengadakan Bengkel Tarian dan Muzik Tradisional Melanau yang diadakan di Wisma Melanau Kuching pada 27 dan 28 julai 2019. Bengkel ini diadakan bagi memastikan khazanah budaya bangsa kaum Melanau tidak pupus.Walaupun wujudnya tarian moden pada masa kini, tetapi mereka tetap mencuba untuk mempertahankan warisan seni berzaman agar terus kekal relevan. Bengkel ini juga dianjurkan bersama Majlis Adat Istiadat Sarawak dan Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak. Dalam hal ini, bengkel yang diadakan telah disertai seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dari usia 10 tahun hingga warga emas berusia 85 thn. Bengkel tersebut juga telah berjaya membentuk dan mencungkil bakat-bakat baru. Selain itu, saudara Salman Tuna yang merupakan jurulatih turut ada bersama dalam mengendalikan bengkel tersebut. Beliau banyak memberi pengetahuan tentang jenis-jenis tarian serta cara-ca memukul alat muzik seperti gong, canang, tawat dan rebana. Tujuan utama bengkel tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan kepada generasi lama dan baru berkenaan dengan susur galur dan sejarah tarian serta alat muzik Melanau.

​

​

​

Bengkel Tarian Asas Melayu Inang

 

Sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan program bagi mengekalkan sesebuah budaya seperti tarian tradisional. Dalam hal ini, mereka mengadakan bengkel tarian asas Melayu (Inang) yang disertai oleh 20 orang pelajar SMK Bahang, Penampang Sabah. Objektif program tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang dan pendekatan kepada pelajar agar dapat mendalami bukan sahaja ilmu tarian malah budaya masyarakat Melayu. Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan mendidik para pelajar sekolah menengah yang ingin menimba ilmu pengetahuan dalam bidang tarian. Hal ini dapat membantu untuk mengekalkan budaya tradisional dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Bengkel tersebut telah menunjukkan keberkesanan dengan adanya maklum balas yang positif daripada para peserta dan juga guru pengiring Smk Bahang.

​

​

Festival Semai Kecintaan Terhadap Seni, Budaya Tanah Air

​

Artikel ini menjelaskan salah satu usaha melalui bengkel ataupun program yang diadakan di Kuching, Sarawak. Festival tersebut diadakan berjaya menyemaikan kecintaan terhadap seni dan budaya tanah air terutamanya dalam kalangan generasi muda. Melalui program festival yang diadakan, seramai 14 peserta Pertandingan Lagu Asli dan 12 kumpulan tarian berentap pada peringkat akhir Festival Tari dan Lagu Asli Sarawak 2019. Hal ini jelas menunjukkan bahawa melalui usaha mengadakan program seperti ini dapat meningkatkan semangat perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat. Selain itu, festival ini juga turut menjadi medium perkembangan seni tanah air kerana setiap peserta diberikan pendedahan mengenai tarian melalui bengkel tari yang dikhaskan kepada mereka. Oleh hal yang demikian, usaha yang dilakukan seperti mewujudkan bengkel dan mengadakan festival ini sekaligus dapat mengekalkan warisan kesenian dan identiti generasi akan datang.

​

​

​

Lahirkan Karya Lebih Dinamik, Segar

​

Sebuah organisasi iaitu Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) telah menjalankan sebuah program dalam usaha untuk mengekalkan budaya seperti budaya tarian masyarakat di Malaysia. Dalam hal ini mereka mengadakan program Persembahan Malam Gala Inspirasi untuk meMpersembahkan pelbagai jenis tarian yang disertai oleh pelbagai bangsa yang terdapat di Malaysia. Objektif program ini adalah untuk memaparkan keunikan budaya tarian masyarakat Malaysia. Selain itu, tujuan program ini juga adalah untuk mengekalkan ciri asal identiti yang terdapat dalam setiap tarian bangsa-bangsa di Malaysia. Hal ini dapat membantu masyarakat Malaysia untuk sentiasa memahami, mengingati dan mengekalkan budaya yang terdapat di Malaysia. Program ini pada akhirnya telah menunjukkan keberkesanan kerana memperolehi bilangan penyertaan yang positif dan penonton yang banyak turut hadir menonton persembahan ini.

​

​

​

​

​

Mengangkat martabat budaya Sabah,  84 peserta ikuti Bengkel Tarian Tradisional Sabah anjuran JHEP UMS (UB)

 

Program Bengkel Tarian Tradisional Sabah telah diadakan di SRK Lok Yuk Likas pada 3 Mac 2019. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Bahagian Kebudayaan dan Kesenian Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini diadakan bertujuan berkongsi ilmu dalam bidang seni bersama para pelajar SRK Lok Yuk.Selain itu, program ini turut membuka ruang dan peluang kepada para ibu bapa pelajar sekolah tersebut yang berminat untuk menyertai. Objektif program ini diadakan untuk mengangkat martabat dan budaya Negeri Sabah selain menghasilkan dokumentasi tarian tradisi Sabah da berkolaborasi antara sekolah dan universiti. Program ini telah mendapat sambutan baik daripada peserta yang melibatkan penyertaan sebanyak 84 orang. Dalam hal ini, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMS telah menyifatkan adat dan budaya untuk warisan budaya bangsa serta tradisi agar tidak hilang ditelan zaman.

​

​

​

RUJUKAN

​

Bengkel tarian asas Melayu Inang. (t.t). Universiti Malaysia Sabah. Dimuat turun daripada

         https://library.ums.edu.my/fksw/en/berita/235-bengkel-tarian-asas-melayu-inang.

 

Festival semai kecintaan terhadap seni, budaya tanah air. (14 Mei 2019). Berita Harian Online. Dimuat turun daripada

         https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/node/563754/amp?amp_js

         _v=a3&_gsa=1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15920199371707&

         referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&_tf=From%20%251%24s&share=https%3A%2

         F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fwilayah%2F2019%2F05%2F563754%2Ffestival-semai-keci ntaan

         terhadap-seni-budaya-tanah-air.

 

Junang, R. (30 Julai2019). Bengkel melestarikan warisan budaya bangsa bentuk generasi pelapis. Dimuat turun

         daripada https://malaysiaaktif.my/60901.

 

Mengangkat martabat budaya Sabah. (7 Mac 2019). Utusan Borneo.

 

Rahman, R.A. (19 September 2018). Lahirkan karya lebih dinamik, segar. Dimuat turun daripada

         https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/378603/amp.

 

Zapin: Warisan bangsa. (t.t). Universiti Putra Malaysia. Dimuat turun daripada

         https://k13.upm.edu.my/artikel/zapin_warisan_bangsa-54883.

​

​

​

bottom of page