Semasa Gawai
Aktiviti yang dilakukan
Pelbagai keramaian dan rumah terbuka akan dilakukan pada sambutan hari gawai sebagai tanda tamat musim menuai pada dan persediaan tahun menanam padi baru. Bagi kampung-kampung yang masih mengamalkan tradisi adat resam yang lama, golongan yang tua akan melakukan penyembahan sebagai tanda berterima kasih kepada semangat padi. Dayung Borih adalah nama yang dipanggil untuk mereka yang melakukan upacara sempena sambutan Gawai. Persembahan makanan dalam sanggar (bakul persembahan) dalam upacara miring turut dilakukan. Dayung Borih akan berpusing mengelilingi pondok yang dibina untuk memuja semangat padi. Selain itu, penduduk kaum Bidayuh juga akan mempersembahkan tarian. Tarian yang sering dipersembahkan selepas musim menuai untuk menghiburkan tetamu ke rumah panjang ialah Rajang Be’uh (Tarian Helang). Penari akan menghulurkan tangan mereka untuk meniru cara burung helang mengepakkan sayap. Tarian ini selalunya dipersembahkan oleh dua penari lelaki di daerah Bau-Jagoi. Tarian totokng pula akan dipersembahkan semasa festival menuai untuk menyambut semangat padi daripada sawah padi ke rumah mereka. Tarian ini juga turut dipersembahkan untuk menyambut tetamu datang. Peralatan musik yang digunakan untuk tarian ini ialah gong, drum dan gulintang (sejenis peralatan kayu).
Upacara yang terlibat
-
Ngugoh merupakan satu ritual yang biasa dilakukan oleh kaum bidayuh pada perayaan Gawai yang bertujuan untuk memuja roh semangat padi. Gawai atau lebih dikenali oleh kaum Bidayuh sebagai Gawae Sowa masih merupakan satu kepercayaan animisme purba bagi kaum Bidayuh. Upacara ini biasanya dilakukan di Tanju (Beranda Rumai Gawai)
​​
-
Ketua adat gawai akan mengetuai upacara tersebut bersama-sama dukun perempuan yang digelar sebagai “Dayung Borih. Hari terakhir Gawae Sowa, upacara dilakukan pada jam 2 pagi. Dalam masa yang sama, pelbagai upacara kecil-kecilan dilakuan yang akan membawa kepada acara kemuncak ini. Dari masa ke semasa, Dayung Borih akan duduk di atas buaian sambil melaungkan mantera tradisional sambil menyayi puji-pujian. Kemudian beberapa jam kemudian, penari lelaki akan mempersembahkan tarian tradisional untuk roh-roh di Tanju dan diiringi oleh alunan muzik tardisional yang dimainkan oleh kaum wanita.
-
Makanan juga disediakan dalam kuantiti yang banyak untuk menwarkan kepada roh-roh. Makanan disediakna di dalam Bawar dan juga diberikan kepada para tetamu. Wanita akan memulakan acara memasak manakal lelaki akan melakukan persembahan. Khinzir dan ayam akan disembelih, Tuak dan wain disediakan serta Pogang juga disediakan.
-
Akhir sekali acara kemuncak. Dengan persembahan di tangan mereka, Ketua adat gawai dan Dayung Borih mengelilingi bawar, manakala mulut mereka membaca mantera serta pemujaan. Serpihan buluh dipanggil Pangit dinyalakan, supaya cahaya akan bertindak sebagai panduan untuk menarik roh.
Pakaian Tradisi semasa Gawai
Kaum Bidayuh mempunyai keunikan yang tersendiri dalam unsur pemakaian. Mereka selalunya akan mengenakan baju tradisional sewaktu hari perayaan, iaitu hari Gawai. Mereka mengutamakan warna hitam dalam seni pemakaian mereka. Hal ini kerana, mereka percaya bahawa penggunaan warna hitam merupakan lambang atau simbol kuasa atau warna ketuhanan yang dapat mengelakkan si pemakai daripada gangguan makhluk halus yang jahat. Namun, terdapat pihak yang menyatakan penggunaan warna hitam adalah disebabkan keadaan semulajadi serta untuk menyesuikan cara hidup kaum Bidayuh pada waktu tersebut
Jamuh Langi (Pakaian Wanita)
Jipo dan skirt
Busana baju jipo berlengan pendek atau panjang dan skirt bidang yang diperbuat daripada kain jenis satin berwarna hitam paras lutut yang dihiasi selempang merah.
Kongkong dan tali pinggang
Kalung untuk menghiasi bahagian leher dan dada. Lapik pinggang pula dibuat daripada rotan bewarna yang digunakan untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju
Toko/ Sipiah
merupakan tudung kecil separuh tinggi yang dihiasi dengan sulaman manik-manik kaca bewarna dan syiling perak serta corak anyaman dan berfungsi sebagai pelindung dan menyerap peluh
Aksesori
Girunung dan gelang kaki yang diperbuat dari syiling perak
Sumber gambar dari responden, Puan Agnes anak Tasik, 56 tahun
Pakaian Tradisi Lelaki
Sumber gambar dari http://upimbtpnsarawak.blogspot.com/2010/02/pakaian-tradisional-etnik-di-sarawak.html
Pakaian baju lelaki dan baju wanita kaum Bidayuh adalah berbeza. Sewaktu perayaan hari Gawai, lelaki kaum Bidayuh akan memakai baju yang berlengan panjang atau pendek dan seluar yang diperbuat daripada kain jenis satin yang bewarna hitam atau gelap. Pakaian tersebut dihiasi dengan pita-pita yang bewarna merah dan putih dan dipadankan dengan kain songket bercorak flora. Lelaki akan memakai jipo Bayuh di bahagian luar pakaian. Jipo Bayuh tersebut diperbuat daripada kulit kayu dan kalung gigi beruang yang juga dikenali sebagai bubut binatang. Busana ini juga dilengkapi dengan kain lilit kepala yang digelar Labung.