top of page

Cerita Rakyat Masyarakat Bidayuh

 

Pengenalan

​

       Masyarakat Bidayuh kaya dengan sastera rakyat iaitu masyarakat Bidayuh mempunyai koleksi cerita rakyat yang pelbagai. Dalam masyarakat yang bertamadun tinggi, cerita rakyat dianggap sebagai warisan bangsa dan dapat mewakili jiwa sesuatu bangsa. Cerita rakyat masyarakat Bidayuh memberi unsur pengajaran kepada pembaca. Nilai moral dalam cerita rakyat amat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat kerana nilai moral mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia. Masyarakat Bidayuh adalah salah satu etnik kedua terbesar yang terdapat di Sarawak. Masyarakat Bidayuh telah mendiami kawasan barat daya di Sarawak iaitu terutamanya di bahagian Kuching, Bau, Lundu dan Serian.Namun, masyarakat Bidayuh mempunyai aspek kebudayaan dan kepercayaan mereka tetap sama walaupun berbeza dari segi pertuturan. Setiap masyarakat mempunyai Cerita rakyat yang tersendiri. Di kalangan masyarakat Bidayuh Biatah Cerita rakyat atau lebih dikenali sebagai “dundaan rayat”. Bagi projek ini, kumpulan kami menumpukan kepada Bidayuh Biatah bagi tajuk  Cerita Rakyat Masyarakat Bidayuh.

bottom of page