top of page

Pengurusan didefinisikan secara am sebagai suatu proses perancangan, pengurusan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan mengunakan semua sumber untuk mencapai matlamat organisasi (Ismawati, 2013). Pengurusan ini akan dilakukan oleh orang sebagai pengurus. Tugas pengurus ialah orang yang bertanggungjawab dalam hal merancang, menganjur, mengarahkan, dan mengawal pergerakan manusia, bahan, kewangan, dan sumber-sumber maklumat dalam mencapai matlamat organisasi (Hersey, 2014). Menurut Hersey (2014), mengenai pengurusan pakaian tradisional kaum Bidayuh di daerah Bau, setiap individu mempunyai sistem pengurusan yang kebanyakkannya hampir sama dan masing-masing telah memajukan cara penghasilan pakaian tradisi tersebut. Kini, pakaian tradisional kaum Bidayuh telah banyak dijadikan sebagai salah satu produk pemasaran dan menjadi pilihan dihati pengguna dalam dan luar negara. 

 

Pada zaman dahulu, pengurusan baju tradisional ialah dilakukan secara tradisional dimana proses penghasilan baju tersebut mengambil masa yang lama dan juga rumit. Sebagai contohnya, kain yang digunakan untuk (Bojuh Boyuh Bidayuh) baju kulit kayu lelaki  perlu diketuk selama 6 jam sebelum melalui proses seterusnya. Pembuatan kulit baju ini diproses sepenuhnya daripada kulit kayu terap. Proses untuk mengasingkan kulit daripada dahan bukannya sesuatu yang mudah dan hanya yang pakar sahaja boleh membuatnya ini kerana batang kayu terap perlu diketuk berulang-ulang kali. Proses ketukannya pula mestilah konsisten agar boleh mendapat saiz yang lebih besar. Selesai sahaja  kerja pemotongan dengan menggunakan pahat selepas itu akan dicuci dan direndam bagi menghilangkan getah serta melembutkan teksturnya. Setelah kering dan kulit kayu sudah lembut barulah ianya akan digunting oleh pembuat baju kulit ini mengikut rekaan yang ditetapkan.Tambahan pula, proses untuk mencari bahan pakaian tersebut terlalu lama dan perlu ke hutan untuk mencari pokok yang bersesuaian. Kemudian, pemakaian baju tradisional juga dipakai sebagai pakaian harian dan juga hanyalah sebagai simbolik perkahwinan. Penghasilan baju tersebut juga hanyalah untuk kegunaan persendirian dan tidak dijual kepada orang lain.

​

Namum begitu, pengurusan baju tradional kaum Bidayuh kini lebih sistematik dan juga telah dikomersialkan. Penghasilan baju traditional telah lebih dikenali oleh masyarakat luar melalui laman sosial seperti Youtube dan Facebook malahan diperagakan secara terbuka. Menurut akhbar daripada Suara Sarawak, kakitangan Sushi Jiro cawangan Kuching telah membuat sedikit kelainan iaitu menggayakan pakaian tradisional kaum Bidayuh semasa sambutan Hari Gawai. Inisiatif tersebut bakal dirancang dan akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang memandangkan ia dapat membangkitkan semngat perpaduan antara kaum justeru dapat memperkenalkan busana tradisional kaum Bidayuh di tempat orang awam. Di samping itu, busana tradisonal kaum Bidayuh  kini telah menjadi salah satu tarikan di mata masyarakat awam. Penjualan baju tradisional ini telah dilakukan secara alam maya seperti Facebook, dan Shopee. Oleh itu, masyarakat luar ataupun kaum Bidayuh itu sendiri boleh terus membeli secara dalam talian dan proses ini lebih memudahkan malahan lebih cepat.

Pengurusan baju tradisional kaum Bidayuh kini semakin maju dengan adanya teknologi yang serba moden dan canggih. Baju tradisional ini dapat dikenali oleh semua lapisan masyarakat dan dapat mengekalkan warisan tradisi nenek moyang kaum Bidayuh.

​

​

References

​

Ismail, I. (2013, March). Definisi Pengurusan. Dimuat turan daripada https://www.scribd.com/document/129559627/Definisi-pengurusan

​

Henry, H. (2014). Pengurusan Pakaian Tradisional Kaum Bidayuh Di Daerah Bau, Sarawak. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak, 1-24.

​

Dini Zahirah, https://youtu.be/Ia8VC0MLJhA

​

Suaraswk, (2020, June). Suara Sarawak Bukan Sekadar Akhba, Dimuat turun daripada https://suarasarawak.my/2020/06/02/gadis-peraga-pakaian-tradisional-iban-dan-bidayuh-sambil-hidang-sushi-di-pusat-beli-belah-viva/

​

Yusof, M, Malaysia ‘Ku Sayangi ….Dimuat turun daripada https://yuva4ptpjkhmu.weebly.com/pakaian-tradisional.html

bottom of page