top of page

Rumusan artikel 

Artikel yang releven berunsurkan makanan tradisional dan cara mengekalkan warisan makanan tradisional dipaparkan dalam ruangan ini untuk menyokong langkah yang dipilih.

Resipi ‘orang lapo' [METROTV] 

oleh Nurul Husna Mahmud

     Secara keseluruhannya artikel ini membincangkan mengenai seorang wanita yang membuat demonstrasi masakan di pelbagai jenis platform media sosial. Wanita tersebut menyatakan bahawa pada mulanya, dia hanya membuat demonstrasi dan berkongsi resipi dalam sebuah kumpulan di ‘whatsapp’ yang bernama “Buat Orang Lapo”, kemudian dia mencuba menulis blog dan seterusnya baru berjinak-jinak membuat video tutorial masakan untuk dimasukkan ke dalam laman ‘Youtube’ miliknya selepas setahun menceburi bidang penulisan blog. Lama kelamaan minat dan perasaan seronok semakin menebal dalam dirinya membuatkan dia semakin giat membuat video masakan dek sambutan yang amat menggalakkan daripada semua orang. Resipi pertama yang dikongsinya di ‘Youtube’ iaitu Puding Karamel dan kini semenjak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi membendung penularan Covid-19, populariti akaun ‘Youtube’ miliknya semakin meningkat dan salah satu resipinya iaitu resipi Agar-Agar Roti telah mendapat 3.5 juta tontonan. Hal ini amat mengagumkan. Semakin lama, beliau semakin popular sehinggakan pernah dijemput oleh sebuah stesyen TV untuk membuat demonstrasi masakan di salah satu slot mereka. Kaedah seperti ini bukan sekadar mampu menarik minat  penonton malah mampu memberi ilmu kepada penonton mengenai makanan tersebut.

​

​

Masyarakat Pribumi : Makanan Tradisional Masyarakat Melayu Sarawak

oleh Muhamad Fadzllah Hj Zaini

     Artikel ini mengkaji makanan tradisional masyarakat Melayu Sarawak dari segi jenis makanan traditional, dari aspek penyediaan makanan tradisional dan mengkaji pengaruh makanan tradisional dalam masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini dijalankan di Kampung Tanjung Asam, Betong, Sarawak. Menurut kajian ini, makanan tradisional penduduk kampong tersebut ialah kuih corot/selorot, kelupis, rending bebek dan udang cincang pais. Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan tradisional kebanyakkannya berasaskan hasil sungai dan hutan kerana  kedudukan kampung tersebut terletak berhampiran dengan sungai. Pengaruh positif kepada masyarakat telah membawa kepada satu lembaran baharu yang mengekalkan makanan tradisional. Natijahnya, makanan tradisional merupakan khazanah budaya yang perlu dikekalkan oleh setiap masyarakat untuk memelihara tradisi sesuatu kaum.

Festivel makanan jalanan warisan Sarawak hujung minggu ini

oleh Utusan Borneo.

     Artikel ini menerangkan mengenai makanan tradisional turut boleh dikekalkan dengan menggunakan kaedah membuat festivel makanan tradisional. Merujuk artikel ini, pengisian festivel ini akan dipenuhi dengan masakan tradisional masyarakat di Sarawak dan turut membuka gerai makanan tradisional untuk membolehkan para pengunjung menrasai makanan tradisional sesuatu kaum. Jelaslah bahawa kaedah seperti ini turut berupaya mengekalkan dan mendedahkan kepada masyarakat umum mengenai makanan tradisional sesuatu kaum.

Rujukan

 

Festival makanan jalanan warisan Sarawak hujung minggu ini ( 2017 Disember 24). Utusan Borneo.    Dimuat turun daripada https://utusanborneo.com.my/2017/10/24/festovel-makanan-jalanan-        warisan-sarawak-hujung-minggu-ini

​

Muhamad Fadzllah Hj Zaini ( November 2014). Masyarakat pribumi : Makanan tradisional Melayu Sarawak. Dimuat turun daripada https://www.researchgate.net/publication/302583966_Masyarakat_Pribumi_Makanan_Tradisional_Masyarakat_Melayu_Sarawak

​

Nurul Husna Mahmud (20 April 2020). Resipi ‘orang lapo [METROTV]. My Metro. Dimuat turun daripada  https://www.hmetro.com.my/WM/2020/04/568856/resipi-orang-lapo-metrotv

bottom of page