top of page

Kajian kami telah memilih kaedah dengan mengadakan pertandingan mereka pantun atas talian dalam membantu pengekalan pantun Bidayuh. Ini selari dengan kaedah yang telah dijalankan oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Kajian awal yang telah kami jalankan didapati bahawa kesemua responden, iaitu 21 orang wanita dan 13 orang lelaki bersetuju dengan kaedah tersebut. Hasil kajian kami juga mendapati 61.8% tahu kewujudan pantun dalam bahasa Bidayuh diikuti dengan hanya 13 orang (38.2%) yang menjawab Tidak.

​

Melalui data yang diperolehi ini, pengkaji dapat menerangkan bahawa pengekalan tradisi lisan masyarakat Bidayuh ini amat penting untuk dikekalkan dan disebarkan dalam kalangan masyarakat Bidayuh pada masa ini terutamanya generasi muda.

​

Walaupun masyarakat Bidayuh sering dilabelkan sebagai masyarakat yang mempunyai struktur sosial tanpa kelas, namun kehidupan tradisi tidak menyaksikan masyarakat ini bergelumang dengan konsep ‘individualistik’ dalam kehidupan masyarakatnya akan tetapi wujudnya sikap keterbukaan dan sentimen kebebasan hak iaitu seseorang itu mempunyai hak untuk memutuskan apa yang terbaik untuk melakukan perubahan asal tidak bercanggah dengan kepentingan masyarakatnya boleh diguna pakai.

​

Justeru, dengan cadangan kaedah yang dikemukakan oleh pengkaji untuk menyebarkan dan mengekalkan tradisi lisan Bidayuh iaitu pantun Bidayuh dapat diterima dengan baik oleh masyarakat tersebut.

Bua Pingunai (Hasil Kajian)

Senarai contoh Pantun Bidayuh yang diketahui

​

Berdasarkan kepada data yang kami peroleh hasil kajian yang dijalankan terhadap masyarakat Bidayuh mengenai contoh pantun Bidayuh yang mereka ketahui, pengkaji mendapati daripada 34 orang responden, hanya 8 responden bersamaan dengan (0.24%) sahaja yang dapat memberikan contoh pantun Bidayuh yang mereka ketahui.

​

Melalui data demografi responden yang diperolehi, didapati daripada jumlah 34 orang responden tersebut, seramai 26 orang atau (76.5%) yang mengisi kaji selidik ini merupakan mereka yang berumur dalam lingkungan 21-30 tahun. Perkara ini dapat dihubungkaitkan dengan data yang terdapat dalam bahagian contoh pantun Bidayuh yang diketahui oleh responden. Pengkaji dapat membuat penganalisisan bahawa generasi muda masyarakat Bidayuh kurang mengetahui atau mempunyai pengetahuan terhadap pantun Bidayuh walaupun lebih daripada separuh jumlah iaitu (61.8%) atau sebanyak 21 orang responden mengetahui dan pernah mendengar akan kewujudan pantun dalam masyarakat mereka.

​

Seramai 8 orang responden yang memberikan contoh Pantun Bidayuh melalui kaian ini. Pengkaji mendapati bahawa kekayaan tradisi lisan masyarakat Bidayuh turut dipaparkan dalam bait-bait pantun yang dilafazkan. Unsur-unsur nasihat juga banyak diguna pakai dalam pantun masyarakat Bidayuh dan kebanyakan pantun masyarakat ini menggunakan unsur-unsur atau kaitan dengan alam semula jadi yang turut memaparkan keindahan bahasa Bidayuh yang diwarisi sejak zaman dahulu serta dijelmakan dalam susunan ayat yang lebih teratur dan tersusun agar dapat dijadikan sebagai khazanah bangsa buat generasi akan datang kelak.

Pertandingan atas talian tersebut boleh disertai oleh kaum Bidayuh dari pelbagai rumpun. Antara perkara yang perlu diketahui berkenaan pertandingan tersebut ialah:

 

Syarat Penyertaan:

  • Sesiapa yang ingin menyertai hanya perlu mengisi borang atas talian yang akan disediakan.

  • Peserta pantun perlulah berumur dalam lingkungan 13 tahun dan ke atas.

  • Peserta juga boleh menyertai sama ada berkumpulan atau secara perseorangan.

  • Sijil penyertaan bagi peserta juga akan disediakan oleh pihak penganjur.

  • Hadiah yang lumayan juga disediakan bagi sesiapa yang menjuarai pertandingan tersebut.

​

Masa Pertandingan: 

  • Akan diadakan dalam tempoh yang ditetapkan (Contohnya peserta dalam menyertai dalam tempoh 5 hari pertandingan diadakan)

​

Syarat Pertandingan:

  • Pantun yang disediakan oleh peserta mestilah mengikut bentuk pantun yang betul, antaranya    ialah pantun terdiri daripada 4 baris terdiri daripada 2 baris awal pembayang dan diikuti 2     baris makna sebenar pantun yang hendak disampaikan. Rima akhir pantun mestilah a,b,a,b.

  • Pantun akan disemak oleh pihak yang berkaitan.

​

Pertandingan Merela Pantun Atas Talian

Kaum Bidayuh Serian

bottom of page