Sebelum Gawai
(Aktiviti yang dilakukan dan hidangan yang disediakan)
-
Penyediaan makanan dan minuman tradisi
-
Penyediaan makanan dan minuman tradisi amat penting sebelum Hari Gawai tiba. Makanan tradisi seperti penganan, ayam pansoh, dan pogang disediakan untuk dihidangkan kepada tetamu. Tuak juga disediakan yang menjadi minuman yang wajib semasa Gawea kerana ia menandakan untuk panjang umur dan menjadi simbol hasil tuaian yang baik. Tuak diperbuat daripada beras pulut yang dimasak, dicampur dengan ragi atau yis untuk proses penapaian berlaku dan juga air gula. Tuak ditapai selama 2 minggu hingga 6 minggu untuk rasa yang lebih kuat
​
2. Aktiviti sebelum Gawea
-
Sebelum Gawea berlangsung aktiviti seperti bergotong-royong berlangsung untuk menceriakan lagi kawasan rumah panjang. Aktiviti seperti mengemas, mengecat dan membaiki bahagian-bahagian yang rosak dalam rumah panjang dilakukan.
-
Acara pembersihan kubur juga dilakukan sebagai tanda hormat kepada orang yang meninggal dunia (nenek moyang, ahli keluarga dan sanak saudara)
​​