top of page

Cadangan

      Hasil pembacaan yang telah kami buat, kami percaya bagi membantu kraftangan dalam memelihara dan memperkembangkan budaya masyarakat Bidayuh adalah dengan membuat pemasaran kraftangan Bidayuh dalam peringkat tempatan dan global. Produk kraftangan Bidayuh dipercayai mampu menembusi pasaran antarabangsa atau pasaran global sekiranya mempunyai landasan pemasaran yang betul dan penghasilan bahan atau material yang berkualiti bersesuaian dengan cita rasa semasa pengguna. Seterusnya, memperluaskan pasaran kraftangan di dalam dan khususnya di luar negara sememangnya dapat meraih pulangan serta keuntungan yang banyak justeru mampu memperkenalkan jenama tempatan di persada antarabangsa. Kraftangan Bidayuh sememangnya mampu menjana pendapatan ekonomi negara khususnya pendapatan harian rakyat. Pendapatan yang menguntungkan dalam penghasilan kraf tangan tempatan mampu untuk menarik minat ramai anak muda untuk menceburi dalam bidang ini. Kraf tangan yang dihasilkan turut mampu menarik minat orang tempatan malah pelancong asing untuk membelinya. Usaha ini akan dapat membantu dalam mengembangkan budaya masyarakat Bidayuh. Kraftangan yang dihasilkan oleh masyarkat bidayuh merupakan hasil tangan yang sangat unik dan ianya merupakan satu kelebihan mereka. Malah, kraftangan ini juga mendatangkan banyak faedah selain mengisi masang lapang dengan aktiviti anyaman. Oleh itu, kraftangan masyarakat Bidayuh wajar diteruskan sebagai salah satu keunikkan serta tidak ditelan dek zaman bagi mengekalkan tradisi budaya masyarkat Bidayuh.

ANALISIS DATA

Kumpulan kami telah mengedarkan google form untuk bertanyakan soalan berkenaan kraf tangan Bidayuh dan juga pendapat masyarakat tentang cadangan kraf tangan dalam mengekalkan dan mengembangkan budaya kaum Bidayuh.

 

 

Rumusan hasil feedback ‘google form’

​

  1. Jantina

 

           

 

 

 

 

 

 

 

​

 

​

Carta pai di atas menunjukkan peratus bagi jawapan responden antara jantina iaitu perempuan dan lelaki. Sebanyak 22 orang yang telah menjawab borang soal selidik secara ‘online’ semasa kajian ini. Dalam konteks ini, kekerapan dalam menjawab soal selidik dalam ‘google form’ lebih kepada golongan perempuan. Tambahan pula, golongan perempuan telah menjawab sebanyak 16 orang dalam soal selidik ini manakala golongan lelaki pula telah menjawab hanya 6 orang sahaja. Selain itu, peratus bagi golongan perempuan ialah 72.7% manakala golongan lelaki pula 27.3% peratus sahaja. Oleh itu, carta pai di atas menunjukkan data bagi golongan perempuan dan lelaki.

 

 

2. Umur

​

​

​

​

 

 

​

​

​

​

​

            Di samping itu, carta pai di atas menunjukkan golongan umur responden yang mengikut kategori umur dalam menjawab borang selidik secara ‘online’. Pengkaji dapat mengenal pasti bahawa golongan yang tertinggi dalam menjawab borang selidik ialah lingkungan umur 21-23 tahun iaitu 16 orang. Golongan yang tidak menjawab borang selidik ini ialah lingkungan umur18-20 tahun. Dalam konteks ini, peratus bagi setiap golongan umur adalah berbeza yang mengikut kategori masing-masing. Peratus bagi golongan umur 21-23 tahun ialah 73% sahaja. Tambahan pula, bagi golongan umur 24-26 tahun pula hanya 9% peratus sahaja manakala golongan umur bagi 27-29 tahun 9% peratus juga sama pula dengan lingkungan umur 30 ke atas hanya 9% peratus sahaja. Selain itu, pengkaji juga dapat mengenal pasti bahawa lingkungan umur 21-23 tahun merupakan golongan belia. Oleh itu, lingkungan umur tersebut lebih banyak menjawab borang selidik secara ‘online’.

 

 

3. Dalam masyarakat Bidayuh manik melambangkan.

​

​

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Seterusnya, carta pai di atas juga menunjukkan data “Dalam masyarakat Bidayuh manik melambangkan?” yang telah diperolehi daripada ‘google form’ tersebut. Jawapan yang telah dikemukan merupakan jawapan yang berada dalam laman sesawang wix yang telah dibuat. Dalam konteks ini, responden lebih senang untuk menjawab soalan yang telah diberikan. Antara jawapan paling tinggi yang telah dipilih oleh responden ialah status dalam masyarakat iaitu hanya 10 sahaja. Dalam konteks ini, responden juga telah memilih kemewahan sebagai jawapan yang hanya merekodkan 8 sahaja. Seterusnya, barang perhiasan juga mendapat 7 sahaja yang telah dipilih oleh responden. Responden juga telah memilih jawapan semua di atas iaitu 7 sahaja manakala pilihan jawapan lain-lain tidak ada. Oleh itu, carta pai di atas menunjukkan data yang telah diperoleh sepanjang kajian ini.

​

​

4. Cara yang terbaik untuk menyebarkan kraf tangan kaum Bidayuh.

​

​

​

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan carta di atas, pengkaji mendapati bahawa orang ramai amat setuju dan memilih langkah “memasarkan kraf tangan Bidayuh secara tempatan dan global 36% dan menubuhkan kelas atau bengkel khas untuk membuat kraf tangan kaum Bidayuh juga 36% sebagai cara yang terbaik untuk menyebarkan kraf tangan kaum Bidayuh berbanding cara yang lain. Seterusnya, kaedah mempunyai peratusan kedua tertinggi iaitu sebanyak 26% yang dianggap sebagai cara kedua yang berkesan untuk menyebarkan kraf tangan kaum ini iaitu “anda melatih masyarakat tentang cara membuat kraf tangan Bidayuh”. Sementara itu, cara penyebaran yang mempunyai peratusan terendah iaitu hanya sebanyak 2% yang dipilih oleh orang ramai adalah kaedah yang lain.

​

​

5. Pada zaman dahulu, tikar kelasah digunakan untuk menjemur padi. Namun cara penggunaanya telah berubah mengikut peralihan zaman. Pada zaman ini tikar lebih digunakan sebagai ?

           

Para responden dapat memberi jawapan yang betul sekiranya mereka telah membaca bahan yang telah dimuat naik di wix kumpulan kami. Terdapat responden memberi jawapan seperti tikar digunakan untuk beradu, juga sebagai alas untuk duduk di dalam rumah atau di luar rumah, barang perhiasan, perhiasan dinding atau alas meja koleksi, alas lantai dan untuk menangkap ikan. Jawapan yang tepat bagi soalan ini sepatutnya ialah sebagai bahan hiasan. Pengkaji mendapati bahawa bahan yang dimuat naik di wix sememangnya berupaya menimba ilmu pengetahuan masyarakat mengenai kraf tangan kaum Bidayuh kerana ramai responden telah memberi jawapan yang tepat untuk soalan ini.

​

​

​

6. Mengikut hasil bacaan anda, bakul tambok diperbuat daripada bahan apa?

            Jawapan untuk soalan ini juga dapat ditemui di bahagian kraf tangan dalam wix kumpulan kami Terdapat responden memberi jawapan seperti rotan buluh, rotan, dawai kimpal dan dawai musim bunga, daun nipah, dahan rumbia serta kayu. Pengkaji mendapati bahawa responden kemungkinan akan keliru bahan yang digunakan untuk membuat bakul tambok kaum Bidayuh kerana tidak dapat dinafikan di Malaysia terdapat banyak jenis bakul yang dihasilkan dengan pelbagai bahan yang berbeza. Namun, untuk tembok bakul kaum Bidayuh sebernanya diperbuat daripada rotan. Walaupun begitu, ramai responden juga masih  berupaya memberi jawapan yang tepat berdasarkan hasil bacaan di wix kumpulan pengkaji.

​

​

7. Cara lain bagi mengekalkan dan mengembangkan budaya kaum Bidayuh.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan carta di atas, menulis buku berkenaan budaya kaum Bidayuh mempunyai jumlah peratusan tertinggi iaitu sebanyak 54% yang dipercayai oleh orang ramai sebagai cara lain yang boleh mengekalkan dan mengembangkan budaya kaum Bidayuh. Hal ini dikatakan sedemikian kerana melalui penulisan buku atau jurnal, bangsa lain dapat mengenali bangsa Bidayuh dengan lebih mendalam dan buku merupakan salah satu sumber yang amat mudah ditemui serta buku selalunya mengandungi maklumat yang benar. Seterusnya, informan juga berkata bahawa buku bersifat holistik berbanding lagu dan puisi. Pada masa yang sama menggalakan orang ramai untuk mengamalkan amalan membaca. Sementara itu, puisi Bidayuh merupakan cara untuk mengekalkan dan mengembangkan budaya kerana jumlah peratusnya adalah 12%. Cara lain untuk mengekalkan dan mengembangkan budaya kaum Bidayuh iaitu mewujudkan banyak lagi lagu Bidayuh juga mempunyai jumlah peratus kedua tertinggi iaitu sebanyak 13%. Hal ini disebabkan oleh ramai rakyat pada zaman ini lebih gemar mendengari lagu terutamanya yang popular. Selain itu, informan juga berpendapat bahawa golongan muda lebih mempunyai bakat dalam muzik dan nyayian maka mereka lebih mempunyai kreativiti untuk mengembangkan minat dan bakat mreka Akhir sekali, terdapat sebanyak 21% yang telah memilih lain-lain iaitu cara lain iaitu seperti memperkenalkan dan memperluaskan tentang kaum Bidayuh kerana dipercayai dapat mengekalkan tradisinya dan termasuklah membuat vlog atau channel khas di Youtube kerana ramai remaja pada zaman ini lebih gemar menggunakan telefon menonton video dan sebagainya dengan adanya rangkain video.

bottom of page