Pantun
Bidayuh
Menurut Harun Mat Piah (1989), pantun mempunyai aspek dalaman dan luaran. Aspek dalaman pantun mengandungi unsur estetik dan isi iaitu tema dan persoalan. Unsur estetik mengandungi dua aspek iaitu menggunakan lambang-lambang tertentu dalam pantun dikaitkan dengan tanggapan dan pandangan masyarakat. Seterusnya berdasarkan hubungan makna antara pembayang dan maksud sebenar pantun yang ingin disampaikan.
Masyarakat Bidayuh turut mempunyai pantun seperti masyarakat Melayu. Keindahan bahasanya yang tersendiri merupakan salah satu faktor yang menjadi sumber penarik untuk masyarakat luar mempelajarinya. Pelbagai jenis pantun yang berunsurkan nasihat, sindiran, gurauan dan sebagainya. Pantun Bidayuh yang dihasilkan mencerminkan pemikiran atau nilai masyarakat Bidayuh.