top of page

Sipiah dari 3 warna iaitu hitam, merah dan putih dihias dengan manik, labuci dan syiling perak. 

Jipo pendek dan skirt bidang diperbuat daripada satin rona hitam berhias selempang merah bersama perhiasan yang dibuat daripada syiling perak dan dipakai di pinggang. 

Warna utama pakaian tradisional kaum Bidayuh ialah hitam kerana melambangkan kekuasaan. 

Sigah atau tanjak ialah sekeping kain segi empat dalam berbagai bentuk mengikut daerah pemakai. 

Jipo Boyuh diperbuat daripada kulit kayu dan kain satin yang dihiasi pita merah dan putih. 

Hiasan yang digunakan :

 

- waktu sekarang seperti manik-manik plastik, benang emas dan perak. 

​

- waktu dahulu dibuat daripada batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri.

Rujukan 

​

Hersy Noveelia anak Henry. (2014). Pengurusan Pakaian Tradisional Kaum Bidayuh di Daerah Bau. Diambil daripada https://ir.unimas.my/id/eprint/18818/1/Pengurusan%20pakaian%20tradisional%20kaum%20Bidayuh%20(24pgs).pdf

bottom of page