top of page

Khasiat makanan tradisional 

Pulong durian goreng

Bunga durian juga mempunyai khasiat yang lebih kurang sama dengan sayut yang lain. Menurut Iwaliman (2019) bunga durian boleh dijadikan iktiar mengubati penyakit kuning, mengurangkan tekanan  dan kemurungan serta kaya dengan vitamin B6.

Sambal serek

Serai mempunyai banyak kelebihan jika dimasukkan ke dalam ramuan makanan. Hal ini kerana, serai mempunyai pelbagai khasiat. Sebagai contoh, dalam ruangan facebook page PETUA Penawar Sakit Jantung dan Melenyapkan kolestrol telah menyeneraikan beberapa khaisat serai seperti serai boleh digunakan sebagai ‘pain killer’ kerana serai mampu mengatasi masalahh usus seperti pencernaan selain sebagai detoksifikasi iaitu dapat melancarkan pembuangan air kecil dan membersihkan organ pencernaan. Serai juga mempunyai antioksiden yang mampu menjadi agen pencegah kanser. Serai turut mengandungi zat anti-mikroba dan anti-bakteria yang berguna untuk mengubati jangkitan pada usus

Kalimu’o

Periuk kera mengandungi banyak khasiat dalam perubatan tradisional. Menurut Atikah Jalil  (2018) dalam artikel yang bertajuk Keunikan lemang periuk kera menjadi tumpuan baru menyatakan bahawa air yang terdapat  di dalam periuk kera berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata. Akarnya yang diasah pada pasu dan dimasak sehingga mendidih ditapis dan airnya diminum dapat merawat penyakit asma dan seluruh bahagian pokok yang dikeringkan dan direbus dapat digunakan sebagai herba lepas bersalin

Rujukan

Atikah Jalil (2018 November 15). Keunikan leman periuk kera menjadi tumpuan baru. Sintok News. Dimuat turun daripada https://sintoknews.com/keunikan-lemang-periuk-kera-menjadi-tumpuan-baru/

 

Iwaliman (2019 November 10). Khasiat bunga duriandijadikan sayur. Dimuat turun daripada https://iwaliman.blogspot.com/2019/11/fgb.html?m=1

 

PETUA Penawar Sakit Jantung dan Melenyapkan kolestrol (2018 Ogos 8). Dimuat turun daripada https://m.facebook.com/petuavcos/posts/1024248141079851

bottom of page